18 January 2023

"KAMI INI DATANG DARI LATAR BELAKANG KELUARGA BERBEZA BUDAYA" - JULIA FARHANA 'DATING' DENGAN SUAMI DI MASJID



"Memang takkan dilupakan kami keluar 'dating' ke masjid. Lagipun, sehingga sekarang kami berdua memang selalu ke masjid untuk solat berjemaah. Saya bersyukur kerana suami banyak membimbing saya mendalami agama.


"Saya juga sudah semakin terbiasa dengan aktiviti solat berjemaah di masjid yang dilakukan suami. Tak dinafikan, kami ini datang dari latar belakang keluarga berbeza budaya. Saya dibesarkan di Australia dan bapa juga seorang mualaf.

"Jadi, apabila mengenali suami sememangnya saya sedar budaya kehidupan kami jauh berbeza dengan dia yang dibesarkan oleh ibu bapa yang mempunyai pegangan agama yang kuat."

Demikian kongsi pelakon Julia Farhana Marin, 28, yang memberitahu tempat 'dating' pertama dia bersama suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 33, ialah masjid kerana mahu menunaikan solat jemaah.

Klik untuk gambar besar



Kata Julia, masjid pertama Che Hafiz membawanya ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan ia sama sekali tidak diduga. Jelas Julia lagi, memang rutin harian suaminya akan menunaikan solat berjemaah di masjid.

Dalam pada itu, Julia meluahkan rasa syukur Allah mempertemukan jodoh mereka kerana Che Hafiz benar-benar bertanggungjawab membimbing dirinya berkaitan agama. Katanya, dia kini banyak belajar mengenai agama dengan suami, begitu juga penerimaan baik daripada keluarga mentua.

Sementara itu, Julia berkata, dia juga mendapati personaliti diri suaminya jauh berbeza dengan kebanyakan lelaki pernah dikenali sebelum itu. Ini kerana ujarnya, suami amat memahami dirinya dan tidak mendesak dia yang masih belum bersedia untuk bertudung.

"Alhamdulillah sejak dah berkahwin ini, saya seronok menjalani kehidupan sebagai isteri. Saya semakin membiasakan diri dengan tanggungjawab dan apa saja dilakukan mestilah kena berbincang dulu dengan suami dan meminta izin daripadanya.

"Saya tahu dah tak boleh lagi buat segala perkara ikut kepala sendiri sebagaimana sebelum berkahwin dulu. Alhamdulillah, suami juga menjadi kawan baik saya yang sangat memahami kerana kami berdua suka berbincang dalam segala hal termasuk urusan karier," katanya.

Jelas Julia, mereka juga selesa memberi fokus pada rumah tangga yang baru dibina selama sebulan itu dan tindakan berkenaan dirasakan lebih baik, sekali gus tidak mengaitkan orang lain kerana mereka hanya memberi tumpuan pada rumah tangga sendiri.

Pada 14 Disember tahun lalu, Julia Farhana dan Che Hafiz selamat melangsungkan pernikahan mereka di sebuah hotel ternama dalam suasana tertutup dan penuh meriah yang hanya dihadiri keluarga dari kedua belah pihak.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: