18 January 2023

MENGAKU TIDAK BERSALAH - SHARNAAZ SIFATKAN KES DIHADAPINYA SEBAGAI WARNA KEHIDUPAN: "GADUH HARI INI, ESOK JADI KAWAN BAIK"



Atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun tahun lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur pada Rabu.


Pengakuan itu di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dalam pada itu, Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, menyifatkan kes jenayah yang sedang dihadapinya ketika ini sebagai warna dalam kehidupan.

Jelas Sharnaaz, pertuduhan itu bagaimanapun tidak menganggu aktiviti hariannya sebagai seorang selebriti kerana apa yang berlaku adalah lumrah sebagai seorang manusia.

Klik untuk gambar besar



"Insya Allah tiada apa yang menganggu kerja harian saya dan apa yang berlaku adalah warna dalam hidup yang perlu dilalui. Jadi kita kena nikmati sahaja warna-warna kehidupan itu walaupun warna itu kadang-kadang tak elok, kita harung sahaja," ujarnya.

Sharnaaz yang dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh seorang penjamin sebelum kes tersebut disebut semula pada 6 Mac depan bagi serahan dokumen itu berkata, dia sudah bersedia berdepan dengan perbicaraan kes berkenaan memandangkan ia sudah pun berlaku.

Tambahnya lagi, setiap apa yang berlaku mempunyai sebab tersendiri dan berharap ia akan selesai dengan baik.

"Nak kata bersedia atau tidak, saya kena juga sedia sebab benda pun dah berlaku. Benda yang terjadi ada sebab. Bagi saya ini basic sebab benda ini lelaki sama lelaki, jadi ada perangai kita sendiri. Tetapi lelaki kalau gaduh lain... gaduh hari ini, esok jadi kawan baik," tuturnya.

Sementara itu, peguam pelakon filem 'Jebat' itu, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat memaklumkan pihaknya akan mengemukakan satu permohonan representasi kepada pihak pendakwaan untuk menggugurkan kes berkenaan jika dibenarkan mahkamah.

Bagi kes tersebut, Sharnaaz didakwa dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, bapa kepada seorang cahaya mata itu telah direman selama tiga hari pada Jun 2022 kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: