18 January 2023

ZALIF SIDEK & ISTERI SELAMAT TIMANG ANAK SULUNG, PEREMPUAN



Tahniah diucapkan kepada pelakon Zalif Sidek, 37, yang kini sudah pun bergelar bapa selepas isterinya, Anis Marzuki selamat melahirkan anak sulung mereka yang merupakan seorang bayi perempuan, pada jam 9.15 malam tadi.


Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Zalif menerusi laman Instagram miliknya. Bagaimanapun, Zalif tidak memuat naik gambar anaknya itu dan meminta pengikutnya menunggu selepas ini.

"Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah. Isteri saya selamat bersalin pada jam 9.15 malam tadi. Bayi perempuan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan buat kami. Tunggu gambar ok!," tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan penggiat seni yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, isteri Zalif bersalin secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang. Zalif memaklumkan isteri dan anaknya itu berada dalam keadaan stabil.

"Pada mulanya isteri memang nak lahirkan secara normal. Memandangkan kami sudah menunggu selama 13 jam dan saiz bukaan agak kecil iaitu 4 sentimeter, kami akhirnya memutuskan untuk dibedah. Alhamdulillah, bayi perempuan seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan pada jam 9.15 malam tadi.

"Isteri dan anak berada dalam keadaan stabil. Memandangkan isteri akan berpantang di kampung, sayalah yang akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk menjenguk mereka," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.



Dalam pada itu, mengulas mengenai nama anak yang bakal diberikan, pelakon filem 'Daddyku Gangster' ini berkata, dia dan isterinya masih memilih nama yang sesuai.

"Adalah beberapa nama yang sesuai termasuk nama-nama selebriti yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini. Mungkin nama yang paling kurang kontroversi dalam kalangan yang tersenarai itu bakal menjadi pilihan kami," ujar Zalif berseloroh.

Untuk makluman, Zalif dan Anis mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2022 di CMi Hall & Event Space, Berjaya Megamall, Kuantan, selepas 10 bulan berkenalan.






________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: