26 January 2023

ISU BEKAS PEMBANTU PERIBADI MAK WAN LATAH MAHU TARIK SEMULA KES SAMAN - PEGUAM AKUI BELUM TERIMA SEBARANG MAKLUMAT



Bekas pembantu peribadi kepada Mak Wan Latah iaitu Nurul Amalina Mohamad sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia mahu menarik semula kes saman terhadap pelakon berkenaan.


Amalina atau Amell terbuka hati untuk menarik semula kes tersebut selepas mendengar khabar kesusahan hidup yang dilalui Mak Wan ketika ini, malah turut terkejut apabila mengetahui pelakon itu tidak mempunyai wang cukup bagi mendapatkan bekalan ubat penyakit darah tinggi dan diabetes dihidapinya.

Bagaimanapun, hasrat bekas pembantu peribadi Mak Wan itu masih belum dibuat selepas peguam yang mewakili Mak Wan iaitu Aina Abdul Ghani mengesahkan perkara berkenaan dengan memberitahu pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat daripada wanita berkenaan berhubung perkara tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Setakat ini saya tidak mendapat apa-apa maklumat daripada pendakwa (Amell). Masih belum ada sebarang perbincangan mengenai hal berkenaan," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Untuk makluman, pada Julai 2022 Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud, 62, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas tuduhan berkelakuan aib dengan meludah bekas pembantunya itu namun pelakon itu mengaku tidak bersalah.

Kes antara Mak Wan dan Amell mula menjadi sebutan apabila hubungan mereka renggang dipercayai berpunca daripada tuduhan bekas pembantu peribadinya itu mengambil wang hasil bekerja sebagai pelakon.

Amell sebelum itu juga pernah mendedahkan perbuatan Mak Wan yang didakwa terlibat dengan amalan syirik.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: