07 January 2023

JANNA NICK: "BERHENTI BERMANIPULASI, JANGAN ANIAYA ISTERI... KALAU DAH TAK CINTA LEPASKAN, BUKAN GANTUNG TAK BERTALI"



"Saya sangat benci dia. Sebab itu saya lapor akaun Instagram dia. Jom sama-sama lapor dan boikot. Berani dia gunakan media sosial untuk memanipulasi dan aniaya isteri dia.


"Berhenti bermanipulasi. Jangan aniaya isteri, ibu kepada anak-anak sendiri. Kalau dah tak cinta, lepaskan. Bukan gantung tak bertali. Jangan jadi munafik. Maaf saya tak boleh."

Demikianlah tulis pelakon Janna Nick yang mengajak pengikutnya untuk memboikot pelakon dan pengarah Syamsul Yusof yang didakwa sengaja memanipulasi konflik rumah tangga dengan isteri pertamanya yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story sebelum ia dipadamkan, Janna tampil mempertahankan Puteri Sarah yang dilaporkan dianiaya oleh suaminya selama hampir empat tahun. Janna turut menyifatkan Syamsul sebagai suami yang mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan dua anaknya.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, turut berkongsi keperitan yang diharungi Puteri Sarah dalam menguruskan anak-anak tanpa suami di sisi.

"Saya sendiri bersamanya (Puteri Sarah) masa anak dia masuk hospital. Bapa dia mana? Lepas tangan. Bini itulah yang ke hulu ke hilir jaga anak. Hantar anak pergi sekolah. Balik sekolah seorang diri. Kau? Adakah kau fikir duit adalah segalanya?

"Saya tidak akan masuk campur kalau kamu diam. Dah kahwin, okay cukup. Jangan cakap dia (Puteri Sarah) derhaka. Saya marah bila dia kata isteri dia tak balik rumah.



"Kepada semua lelaki di muka bumi ini, jangan aniaya isteri. Paling teruk bila kamu guna agama untuk tutup kesalahan kamu. Maaf saya tidak boleh bersama lelaki seperti ini. Sumpah saya tidak boleh. Bagilah duit RM100 juta sekali pun, saya tetap tidak mahu," katanya.

Semalam, Syamsul mengumumkan sudah berkahwin dua dengan Ira kazar di Thailand. Majlis akad nikah berkenaan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Sebelum dengan Ira Kazar, Syamsul bernikah dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: