07 January 2023

BEKAS ISTERI DAKWA ORANG KETIGA PUNCA CERAI - LUQMAN HAFIDZ TAMPIL NAFI



"Saya menafikan wujud orang ketiga yang menjadi punca perceraian. Seeloknya punca perpisahan ini menjadi rahsia antara kami kerana saya masih perlu menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak. Biarlah hanya kami sahaja yang tahu.


"Berkenaan kehadiran orang ketiga itu saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut. Terpulang kepada mereka yang mahu membuat andaian seperti itu dan saya memang tidak ada sesiapa pun sekarang ini. Saya juga tak ada terfikir untuk mencari pengganti atau teman hidup baharu.

"Namun apa yang boleh saya kongsikan saya akui berkawan dengan ramai rakan wanita, tapi tiada yang istimewa buat sementara waktu ini," jelas pelakon Luqman Hafidz, 31, yang menolak tuduhan bekas isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi, 31.

Sebelum ini, bekas isteri Luqman memuat naik satu hantaran di Instagram mendakwa punca perceraian mereka pada Jun tahun lalu adalah disebabkan wujud pihak ketiga.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Luqman dan Eryn kerana telah bersama-sama meruntuhkan rumah tangga saya. Semoga kalian bahagia di atas penderitaan dan kesedihan saya. Sekian, terima kasih," tulis Nurul Atiqah.

Menurut Luqman, biarpun isu membabitkan rumah tangganya seolah-olah tidak berkesudahan, namun dia menganggap segala yang berlaku berpunca daripada kelemahan diri sendiri.

"Jujur saya memang mengharapkan perkara ini dapat selesaikan secara baik, tetapi sebagai manusia, kita tak boleh nak kawal apa yang orang lain mahu cakap.

Klik untuk gambar besar



"Saya terima sahaja apa yang diperkatakan orang ramai dan apa yang terjadi ini saya anggap ia adalah kelemahan diri sendiri. Saya cuma mengharapkan doa daripada semua pihak dan semoga apa yang terjadi ini adalah titik permulaan baharu buat saya," ujarnya.

Dalam pada itu, bagi memastikan anak berada dalam keadaan baik, Luqman memberitahu, sehingga kini dia masih menjaga hubungan baiknya dengan keluarga mentua.

"Saya masih menjaga baik hubungan dengan keluarga mentua saya. Kalau ada apa sahaja perkara penting saya akan berhubung dengan mereka sebab saya tidak boleh memutuskan hubungan antara kami.

"Sekarang ini saya mendedikasikan hidup saya untuk menjaga dan membesarkan anak saya. Saya berkerja keras untuk berikan yang terbaik dalam kehidupannya.

"Saya juga berharap tiada lagi spekulasi yang lebih merepek. Saya mahu teruskan kehidupan dengan lebih baik dan berusaha keras dalam kerjaya," katanya.

Terdahulu, Luqman mengumumkan sudah bercerai dengan Nurul Atiqah pada Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan selama dua tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini sudah berusia setahun.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: