07 January 2023

MESKIPUN SUDAH BERNIKAH DENGAN SYAMSUL YUSOF - DAKWAAN TERHADAP IRA KAZAR TIDAK TERBATAL, TETAP AKAN DITERUSKAN



Nampaknya dakwaan terhadap Ira Kazar yang mengganggu rumah tangga Puteri Sarah Liyana tidak terbatal walaupun wanita itu disahkan bernikah dengan suaminya, Syamsul Yusof.


Anak kepada pelakon Kazar Saisi itu tetap akan didakwa di mahkamah apabila tuntutan saman sivil dan aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dibuat Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan diteruskan.

Dalam pada itu, mengulas aduan dibuat Puteri Sarah ke pejabat agama terhadap Ira Kazar yang sebelum ini didakwa kekasih suaminya, peguam Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, implikasinya masih sama, ia tidak akan digugurkan walaupun wanita itu sah menjadi isteri kedua Syamsul.

"Berkenaan dengan isu saman sivil, ia dibuat kerana gangguan, tulisan atau muat naik luahan Ira Kazar yang dikatakan satu bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform. Jadi seperti yang dilaporkan oleh media dan kenyataan Puteri Sarah, bicara kes akan berlangsung pada Ogos.

"Jadi untuk tuntutan ini yang disebabkan penulisan dan gangguan, masih akan diteruskan. Perkahwinan itu tidak akan menggugurkan kes sebab tuntutannya mengenai perkara yang berlaku sebelum ini terhadap Puteri Sarah

"Apabila aduan dibuat, jabatan agama akan buat siasatan sama ada terdapat elemen kesalahan iaitu contohnya Ira Kazar sebagai pihak ketiga yang menyebabkan keruntuhan kepada perkahwinan, misalnya sehingga Syamsul menceraikan isteri atau mengabaikan tanggungjawab.

"Kalau cukup elemen, maka jabatan agama akan menyerahkan kepada pendakwa syarie untuk dakwaan di mahkamah. Memandangkan kes ini belum pun didakwa ke mahkamah, barangkali ia dalam peringkat siasatan lagi. Jadi kes ini masih disiasat, tidak akan digugurkan kerana Ira berkahwin (dengan Syamsul)," ujarnya.

Beliau turut menambah, sekiranya ada bukti mencukupi menunjukkan Ira Kazar menjadi punca dan penghalang hubungan Puteri Sarah dan Syamsul, maka kes akan diteruskan.

"Jika tiada pembuktian bahawa Ira tidak menyebabkan perpisahan terjadi antara mereka (Syamsul dan Puteri Sarah), jadi kes tidak akan digugurkan," katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa mengacau rumah tangganya selama empat tahun. Nor Zabetha turut melihat kes ini agak rumit mengambil kira pelbagai faktor membabitkan kedua-dua pihak.

"Ia jadi payah kerana mengikut kenyataan Syamsul dan Puteri Sarah, mereka masih suami isteri. Malah pelakon dan pengarah itu tidak meninggalkan Puteri Sarah (selepas berkahwin dengan Ira Kazar). Ini antara isu dalam kes ini, apa pun wanita perlu bijak dalam melindungi hak mereka... contoh harta sepencarian sepanjang perkahwinan," tuturnya.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: