"Kepada bekas isteri, setelah gugur talak tiga keatas kamu kerana nusyuz dan derhaka maka gugurlah title kamu sebagai Datin Sri. Saya mohon jangan kamu ganggu kekasih saya kelak nanti akan menjadi lebih parah.
"Just move on dan kembali bertaubat kepada Allah. Move on dan jangan ganggu kami," itulah tulis Datuk Seri Khazrul Elzey dimana dia seolah memberi amaran kepada bekas isterinya agar tidak mengganggu hubungannya bersama pelakon Zarina Anjoulie.
Semua sedia maklum mengenai Zarina atau lebih mesra disapa Anju sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan Elzey dan bakal berkahwin tidak lama lagi dengan kekasihnya yang merupakan seorang duda anak satu.
Memetik portal Xtra, kekasih Anju menerusi perkongsian di TikTok story, mendakwa telah jatuh talak tiga kepada bekas isterinya kerana nusyuz sekaligus hilang gelaran 'Datin Seri'.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Elzey juga berharap bekas isterinya itu meneruskan kehidupan dan bertaubat serta tidak mengganggu mereka.
Bagaimanapun, hasil pencarian mendapati video tidak tidak lagi kelihatan berkemungkinan telah dipadam.
Sebelum ini, Zarina yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu itu telah berkongsi berita gembira apabila dilihat sudah menempah baju perkahwinan di butik pengantin untuk hari bahagianya.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment