13 January 2023

BELLA ASTILLAH TAMPIL BERSUARA: "BILA TAK 'POST' CAKAP KAMI GADUH... FITNAH GANGGU KERJA KAMI"



"Assalammualaikum, lama kami berdiam diri. Tetapi, hari ini terpanggil untuk membuat 'posting' berkenaan headlines-headlines/artikel-artikel yang disebarkan di media sosial (Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube) oleh kerana kami tidak memberikan sebarang kenyataan, para bloger mengambil jalan mudah dengan menggunakan 'statement' Bella pada 2019 dan disunting seolah-olah Bella ada memberi kenyataan yang baru.


"Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi semakin menjadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman, tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan. Bila kami selalu 'post' gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat. Tapi, bila kami tak 'post' cakap kami bergaduh.

"Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menggangu kerja. Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah dan sedang menjalani rawatan.

Klik untuk gambar besar



"Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini," demikianlah kata penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang menyelar tindakan blogger yang menyebarkan fitnah dengan menulis spekulasi tidak benar mengenai rumah tangganya.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, kesal apabila blog berkenaan menyiarkan semula video yang diambil olehnya empat tahun lalu untuk dijadikan artikel sehingga menimbulkan fitnah orang ramai.



Peserta program Famili Duo ini yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang di muat naik di Instagram pada malam Khamis itu turut memuat naik artikel yang diterbitkan oleh satu blog hiburan.

Artikel itu menyebut kononnya Aliff Aziz berlaku curang terhadap Bella. Bella turut menunjukkan paparan skrin diambil daripada video lama miliknya yang digunakan bagi menarik perhatian pembaca.



Sebelum ini, tular video Aliff bersama wanita yang dipercayai dirakam di sebuah kelab malam terkenal di ibu negara sekitar pukul 5 pagi. Berikutan itu, pelbagai komen diberikan netizen kepada Aliff.

Bagaimanapun, rakan artis yang juga merupakan pelakon Shahidan Izwan menerusi satu hantarannya di Instagram Story tampil mempertahankan sahabatnya dan memberitahu mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Penjelasan itu dibuat Ahmad Shahidan menerusi satu hantarannya di Instagram Story berikutan pelbagai komen diberikan netizen kepada Aliff berhubung video tular itu.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: