13 January 2023

"ALHAMDULILLAH, EMAK SELAMAT DIKEBUMIKAN..." - CHEF WAN



Menerusi muat naik di laman Instagram, chef selebriti iaitu Chef Wan memaklumkan jenazah ibunya, Noraini Abdullah telah pun selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi Cyberjaya 10, Cyberjaya, Selangor.


"Alhamdulillah, emak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyberjaya 10. Segala urusan daripada dimandi dan dikafankan, semuanya lancar. Saya cuba menahan air mata menitis dari masjid hinggalah ke tanah perkuburan, tetapi apabila talkin dibaca, akhirnya berderai air mata saya," tuturnya.

Tambah Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, berat rasa hati untuk meninggalkan rumah baharu yang menjadi persemadian ibunya itu.

"Saya menjadi orang terakhir yang meninggalkan kubur emak kerana saya mahu mengambil masa bersendirian bersamanya. Berat sungguh kaki mahu meninggalkan emak di tanah perkuburan tadi seorang diri... Berjurai lagi air mata saya.

Klik untuk gambar besar



"Namun, seperti kelazimannya, segala-galanya sudah menjadi sebahagian daripada sejarah saya. Moga roh emak diampuni Allah dan diletak bersama orang beriman. Moga emak tenang di sana," katanya lagi.

Sebelum ini, Allahyarham Noiraini atau lebih dikenali sebagai Che Ani telah meninggal dunia pada usia 93 tahun di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, di sini, pada jam 6.20 pagi semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dirawat akibat penyakit kanser dan Alzheimer.













________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: