13 January 2023

AYDA JEBAT: "JODOH ITU DI TANGAN ALLAH, JADI KITA KENA TERIMA JELAH"



"Dah jodoh dan mereka ambil keputusan untuk kahwin. Jodoh itu di tangan Allah, jadi kita kena terima lah," ujar penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengenai perkahwinan adiknya yang juga penyanyi, Fyna Jebat dengan bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.


Perkahwinan itu menjadi tumpuan ramai kerana Zainal Abidin berkahwin dengan Fyna yang jauh lebih muda darinya. Lebih hangat diperkatakan apabila Fyna didakwa merupakan isteri kedua Zainal Abidin.

Berhubung hal adiknya itu, Ayda enggan mengulas kerana katanya, banyak hati yang perlu dijaga termasuk keluarganya serta keluarga Zainal Abidin.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Ayda hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat pasangan ini daripada mengecam mereka.

Tambahnya lagi, dia turut bangga dengan adiknya kerana berani berterus-terang mengenai perkahwinan itu dan masih kekal tenang dengan segala yang berlaku.

Sebelum ini, tular seorang pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak terkenal era 80-an serta 90-an mengahwini Fyna dan individu itu turut mendakwa lelaki Zainal Abidin belum berstatus duda.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: