13 January 2023

"SEBELUM BUAT KEPUTUSAN BESAR DALAM HIDUP, SAYA BERBINCANG DENGAN KELUARGA & MENTUA..." - PUTERI SARAH



"Ya betul... Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera. Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.


"Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.

"Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu," jelas pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, yang meluahkan rasa syukur apabila keluarganya dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat.

Klik untuk gambar besar



"Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga. Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini. Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi," katanya.

Hari ini, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu, pelakon filem 'Lu Pikirlah Sendiri de Movie' itu akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.

"Hanya permohonan cerai akan difailkan Isnin ini," maklumnya kepada portal Utusan.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam Twitter.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: