13 January 2023

TERIMA ANUGERAH IKON PESAKIT INSPIRASI - ALI XPDC AKUI TERKEJUT, LUAH RASA SYUKUR



Penyanyi Ali XPDC baru-baru ini telah diangkat sebagai penerima Anugerah Ikon Pesakit Inspirasi Tahun 2022. Kata Ali, anugerah terbabit diberikan sebagai galakan dan menjadi pembakar semangat untuk dia agar terus sembuh sepenuhnya selepas ini dari serangan angin ahmar dialami. 


Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail yang terkejut menerima anugerah berkenaan itu bagaimanpun menjelaskan, percakapannya masih belum lancar dan gagap. 

"Pihak hospital buat program pelawat terbaik dan turut jemput artis yang pernah sakit tahun lalu untuk hadir. Alhamdulillah... saya sendiri agak terkejut apabila diberikan Anugerah Ikon Pesakit Inspirasi Tahun 2022.

"Memang saya dah sembuh tapi tak sepenuhnya lagi dan masih dalam rawatan. Namun pihak hospital hargai kesungguhan saya untuk kembali sihat seperti dulu. Apabila dapat benda ini, sekurang-kurangnya ia buka mata orang untuk saya aktif buat show dan bukan berdiam diri. 

"Disember lalu XPDC buat show di Pesta Pulau Pinang, manakala keesokannya diundang buat show di Kulim, Kedah. Alhamdulillah masih ada rezeki. Dari segi nyanyian memang dah okey... lancar dan syukur peminat boleh terima," tuturnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro. 

Terdahulu, pada Mac tahun lalu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang (HA) selepas mengalami serangan angin ahmar selepas selesai berlatih di studio Eddise (pemain bass) di Pandan Indah. 

Dia kemudian disahkan terkena serangan angin ahmar dan menjalani rawatan selama enam bulan. Ali juga berterusan menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Rehabilitasi Cheras sehingga sekarang.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: