13 January 2023

AYU PUTEH TERKILAN DIKECAM: "HUBUNGAN DENGAN SUAMI ORANG... KALAU BERLAKU PADA ANAK SENDIRI, SAYA JUGA TIDAK DAPAT TERIMA"



"Saya tidak tahu sepenuhnya kontroversi yang berlaku, tetapi mana yang mampu saya berikan nasihat. Saya faham, tiada ibu bapa mahu hidup dan rumah tangga anak jadi huru-hara.


"Saya juga baik dengan Datuk Yusof Haslam dan sangat menghormatinya. Saya tidak suka hal begini terjadi pada keluarganya, berat dugaan mereka.

"Jangan mudah mengecam. Saya mengulas mengenai Ira Kazar, semalam selepas dihubungi teman media. Memang saya kenal dia, tetapi kami sudah lama tidak bertemu.

"Mengenai menjalin hubungan dengan suami orang, kalau berlaku pada anak sendiri, sudah tentu saya juga tidak dapat terima. Saya pernah berpesan pada anak-anak, jangan sibuk mahukan suami orang. 

"Banyak lagi lelaki bujang, jadi tidak perlu cari pasal dan semakkan otak serta jiwa," itulah kata penerbit Datuk Puteh Ayu yang meluahkan rasa terkilan apabila dikecam netizen susulan kenyataannya mengenai Ira Kazar serta pernah menasihati isteri baru Syamsul Yusof itu.

Susulan pengakuan Syamsul yang sudah bernikah dengan Ira, Ayu Puteh mendedahkan isteri kedua pengarah dan pelakon itu pernah memberitahu dia mahu melepaskan Syamsul kembali ke pangkuan keluarganya.

Memetik laporan Utusan Online, Ayu bagaimanapun mengakui sebagai ibu dia tidak bersetuju jika anak gadisnya menjalin hubungan bersama suami orang apatah lagi untuk berkahwin.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Ayu berkata dia antara kenalan Ira mengetahui mengenai perhubungannya dengan Syamsul serta pernah menasihatinya untuk tidak meneruskannya. Ayu mengatakan Ira tidak pernah terfikir untuk menganggu rumah tangga orang sebaliknya sudah terlanjur saling mencintai.

Tambah Ayu lagi, dia pernah berdepan kegagalan berumah tangga dan menerusi pengalamannya itu cukup membuatkannya memahami apa yang dilalui isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah.

"Sarah isteri yang baik, takdir dia diduga dengan ujian berat ini. Saya juga pernah hadapi perkara seperti ini, ketika itu anak-anak masih kecil. Bermacam masalah, malah lebih dahsyat lagi.

"Tetapi, saya pilih jalan hidup hari ini. Alhamdulillah, saya temui bahagia dengan suami sekarang, Aiman Ismail. Kelmarin, usia perkahwinan kami masuk tujuh tahun," ujarnya.

Dalam pada itu, Ayu berkata, suami harus tahu tanggungjawab mereka dan tidak mengelak apabila rumah tangga berdepan masalah.

"Hal rumah tangga ini suami harus ambil tahu, wajib selesaikan segala masalah dan jaga. Usah lalai sehingga musnah semuanya. Bagi saya, kalau mahu berkahwin lagi, beritahu secara jujur.

"Berterus-terang dengan ibu bapa dan isteri. Jangan biar hal yang berlaku 'terbakar' sampai rosak semua. Tidak ada wanita atau pasangan yang ingin berdepan masalah rumit dalam rumah tangga. Bukan apa, kasihan pada anak-anak,” tuturnya.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: