13 January 2023

KINI DI MAKKAH TUNAI UMRAH - AKSI SHUK & ISTERI JALAN BERPELUKAN, MAKAN BERSUAP BUAT RAMAI TERSENYUM GEMBIRA



Semua sedia maklum mengenai kemelut yang melanda rumah tangga Shuk Sahar selepas isterinya, Rossa Sera mendedahkan bahawa dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu dek kerana pelawak itu didakwa curang.


Ketika ini, Shuk dan isterinya sedang mengerjakan ibadah Umrah di Makkah. Berita keberangkatan pasangan ini ke Tanah Haram turut disambut baik oleh pengguna laman sosial.

Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian video tersebut, Shuk juga dilihat sempat berkongsi beberapa momen manis bersama suaminya ketika berada di sana.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada video yang dikongikan, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dilihat telah menyuapkan makanan kepada suaminya. Bertambah manis lagi, kelihatan Shuk sedang memeluk bahu isterinya sambil berjalan di sekitar kawasan Makkah.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna laman sosial turut sama bahagia melihat kemesraan yang dipamerkan pasangan ini. Malah tidak kurang juga yang mendoakan yang terbaik buat Shuk dan Sera apabila melihat hubungan mereka sudah bertambah baik berbanding sebelum ini.



"Alhamdulillah, suka tengok rumah tangga Shuk dan Sera dah berbaik semula." - "Shuk suami yang baik, dia buang ego. Setia dengan Sera," komen seorang netizen.

"Saya kagum dengan mereka berdua, Sera boleh je pilih orang lain, tapi dia bagi Shuk peluang kedua. Shuk pula buang ego untuk pikat dan kembali pada Sera. Love!" tulis beberapa pengguna laman sosial.

Untuk makluman, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.










________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: