Umum sedia mengetahui mengenai pelakon Puteri Sarah Liyana dimana dia mengambil keputusan mahu menuntut cerai daripada suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.
Berhubung hal berkenaan, bapa mentua Puteri Sarah iaitu penerbit popular, Datuk Yusof Haslam mengakui dia ada memujuk menantu itu agar menimbang semula keputusan menfailkan perceraian pada Isnin ini.
Yusof bagaimanapun akur dengan pendirian dibuat Puteri Sarah, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.
"Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu. Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.
Klik untuk gambar besar
"Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan," ujarnya.
Sebelum ini, hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam Twitter mengenai pernikahan kedua Syamsul dengan Ira Kazar di Thailand selepas pengarah itu membuat pengakuan serta penjelasan di sebalik kontroversi terjadi.
Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment