14 January 2023

INTAN LIANA SALEH: "SUDAH BERANAK-PINAK APA LAGI TAK PUAS HATI?... MAHU SEBAR AIB SAYA? SEBARKANLAH..."



"Tidak habis-habis, sudah lima tahun perkara ini. Sampai masanya untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Apa yang awak berdua mahu? Cakap sana sini, ugut aib, berhentilah. Sudah beranak-pinak apa lagi tak puas hati?


"Hari itu, suami saya mahu jumpa dan cakap depan-depan, sebab mahu perkara ini selesai. Mahu bincang, bukannya bergaduh. Sudahlah, tidak payah berdrama dalam media sosial. Berhenti dan fokus dengan kehidupan lebih baik.

"Mahu sebarkan aib saya? Sebarkanlah kalau itu yang boleh ajak orang lain benci saya dan sayang dengan awak berdua," kata Intan Liana Saleh yang tampil membalas kenyataan dibuat bekas madunya, pelakon Izreen Azminda menerusi hantaran dalam Instagram (IG).

Tambah Intan lagi, sudah lebih lima tahun perkara ini berlalu dan sudah sampai masanya untuk mereka meneruskan kehidupan dengan aman dan baik.

Klik untuk gambar besar



Nampaknya kemelut antara Intan dan Izreen masih belum berakhir. Meskipun keda-duanya saling bahagia bersama pasangan masing-masing, namun konflik rumah tangga kembali diperdebatkan, sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini, konflik rumah tangga mereka kembali hangat diperkatakan selepas Izreen mendakwa Intan masih tidak boleh meneruskan kehidupan kerana memuat naik gambar bekas suaminya, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid.

Bahkan, Izreen turut mendakwa menyimpan banyak bukti yang boleh diberikan kepada suami Intan dan mahkamah.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: