14 January 2023

MARYAM BENGANG BAHASA MELAYUNYA DILABEL 'ANNOYING': "SAYA TAK PERNAH AMBIL KELAS... TAK NAK DENGAR SILAKAN BERAMBUS"



"Saya dah duduk Malaysia 2 tahun lebih.. saya cakap BM macam ni saya tak pernah ambil kelas bahasa atau pergi sekolah di Malaysia. Sebab saya suka belajar BM naturally. Itu sangat seronok dan senang ingat.


"Ramai orang cakap "you speaking BM make me annoying" "Better you speak English". You annoying ke apa itu bukan salah saya. Saya tak kesah. Tak tengok saya ke apa suka hati lah. Saya lagi selesa cakap BM daripada English.

"Orang cakap English akan bertambah dalam dunia. Tapi orang cakap BM? Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat. Apa saja awak cakap, saya akan tetap guna Bahasa Melayu.

"Kalau tak nak dengar silakan BERAMBUS. Nota kaki: Sebelum betulkan bahasa orang, awak cakap melayu dulu. Ke awak bukan orang Malaysia," itulah tulis pempengaruh media sosial yang juga isteri kepada Ryzal Ibrahim iaitu Maryam You Narae.

Klik untuk gambar besar



Maryam yang berasal dari Korea Selatan itu berkongsi hal tersebut menerusi laman Instagram miliknya. Dalam hantaran berkenaan, Maryam meluahkan rasa bengang dengan sikap beberapa individu yang kurang senang mendengar pertuturannya dalam Bahasa Melayu kerana masih mempunyai slang Korea.

Bukan itu sahaja, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut dilabel sebagai 'annoying' (menjengkelkan) dan diminta untuk hanya menggunakan bahasa Inggeris.

Untuk makluman, Maryam dan suaminya yang dikenali sebagai pasangan Duriankimchi itu mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 2020.

Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, Maryam dan Ryzal dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Nik You Rina.






________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: