14 January 2023

DIKRITIK 'MAKIN TAK MALU', BABY SHIMA SINDIR NETIZEN: "BETUL JUGAK KAN... TAPI AWAK PUN SAMA, TET*K AWAK DAH NAK TERKELUAR DAH TU"



Sebut sahaja nama Baby Shima, pasti ramai mengetahui mengenai penyanyi ini yang sering menerima kritikan dan menjadi sensasi apabila setiap kali dia memuat naik sesuatu di laman Instagram.


Baby Shima bagaimanapun sering mengabaikan komen sebegitu dan dikatakan 'kalis kecaman' namun sesekali ada juga Shima memberi respon kepada komen netizen.

Terbaru, seorang wanita telah mengkritik penampilan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli dengan mengatakan penyanyi itu 'makin tak malu'.

Bagaimanapun, Baby Shima menerusi video yang dimuat naik dilihat seperti bersetuju dengan komen itu, namun sempat menyindir wanita terbabit dan menyifatkan pemakaiannya lebih terdedah.

Klik untuk gambar besar



Dalam video tersebut, Baby Shima telah menularkan tangkap layar gambar-gambar wanita terbabit yang berpakaian seksi sehingga menampakkan lurah dan hampir mendedahkan bahagian pinggulnya.

"Betul jugak kan... Tapi awak pun sama, tet*k awak dah nak terkeluar dah tu," kata Baby Shima.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyokong Baby Shima dan berpendapat selalunya mereka yang kecam secara berlebihan ini ada kalanya lebih teruk perangai malah segelintir turut mempersoal sama ada individu itu benar-benar wanita tulen.

"Kan dah kena balik. Dia pun tak cukup kain lagi mahu kecam orang," komen beberapa netizen.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: