12 January 2023

"SAYA AKAN KE MAHKAMAH SYARIAH JALAN DUTA ISNIN INI" - PUTERI SARAH NEKAD FAILKAN CERAI



Nampaknya konflik yang melanda rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal berakhir dengan perceraian selepas isteri pertama pengarah dan pelakon itu nekad menfailkan cerai Isnin ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.


Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dilihat berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Jelas Sarah, sepatutnya perceraian itu difailkan pada Khamis, namun terpaksa ditangguhkan kerana dia sedang menjalani penggambaran di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Saya akan ke Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur Isnin ini," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Pada Selasa lalu, Sarah menerusi laman Instagram miliknya telah memohon agar suaminya itu 'melepaskannya' kerana tidak rela dimadukan.

Syamsul kemudiannya membuat kenyataan meminta isterinya untuk pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Untuk makluman, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, mendedahkan bahawa dia telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: