12 January 2023

KEMELUT RUMAH TANGGA - SYAFIQ YUSOF YAKIN SYAMSUL MAMPU SELESAIKAN, AKUI BELUM JUMPA ISTERI KEDUA ABANG



"Saya tidak pernah berjumpa dengan dia (Ira)... saya juga tidak pasti sama ada ibu ayah ada berjumpa dengannya atau tidak. Masing-masing sibuk dan Syamsul pun ada banyak filem besar. Kali terakhir kami berjumpa dua bulan lepas tetapi perbualan lebih kepada filem dan projek baharu.


"Tetapi sama ada berkaitan hal kerja atau peribadi, biarlah saya simpan sendiri," jelas adik kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof yang memberitahu, dia masih belum berkesempatan bertemu dengan isteri kedua abangnya iaitu Ira Kazar.

Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Mohd Yusof, 31, memberitahu kali terakhir dia bertentang mata dengan abangnya itu di pejabat dua bulan lalu.

Enggan mencampuri urusan rumah tangga Syamsul, Syafiq bagaimanapun tetap mendoakan yang terbaik buat abangnya dan keluarga.

Klik untuk gambar besar



"Kalau boleh, hal keluarga biarlah kekal jadi hal peribadi keluarga, namun saya faham kami adalah keluarga seni, jadi kami terpaksa menerima semua ini apabila telah menjadi perhatian ramai.

"Paling utama, saya harap netizen tidak lagi buat andaian yang bukan-bukan. Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan berdoa agar kedua ibu bapa dan keluarga saya mendapat ketenangan serta kebahagiaan," ujar pengarah filem 'Abang Long Fadil' ini.

Menyifatkan Syamsul seorang lelaki yang cekal, Syafiq meluahkan keyakinan abangnya itu mampu menyelesaikan segala kemelut rumah tangga ini dengan baik.

"Mengenali abang saya, dia seorang lelaki yang tabah sama seperti bapa kami... apa sahaja masalah saya pasti dia mampu kendalikannya dengan baik," katanya.

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Pendedahan Syamsul itu mencetus pelbagai reaksi daripada peminat, termasuk ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang turut meluahkan rasa kecewa kerana perkahwinan itu diadakan tanpa perbincangan keluarga terlebih dahulu.

Isu ini menjadi lebih panas apabila isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana berterusan membuat luahan di media sosial.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: