12 January 2023

"SAYA SUDAH ANGGAP SEPERTI KAKAK..." - WAK DOYOK NAFI ADA HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN A. AIDA, HANYA SEKADAR KAWAN



"Kami sudah kenal lama lebih sepuluh tahun iaitu sejak 2012. A Aida adalah mentor saya dalam dunia bisnes dan kami saling membantu antara satu sama lain.


"Saya juga sudah menganggapnya seperti kakak dan hubungan kami sudah seperti adik-beradik," jelas pelakon, ikon media sosial dan usahawan popular Wak Doyok yang tampil menafikan dia ada hubungan istimewa dengan penerbit Datuk A Aida, 52, yang sebelum ini heboh diperkatakan ramai.

Sebelum ini, kemesraan Wak Doyok dan A Aida meraih perhatian netizen susulan video kemesraan mereka tular, baru-baru ini. Menurut Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Mohd Nor, 43, hubungannya dengan A Aida sekadar kawan baik dan tidak lebih dari itu.

Ditany pula mengenai kriteria pasangan hidup, Wak Doyok berkata, dia memilih wanita yang lebih muda dari usianya.

Klik untuk gambar besar



"Sebagai lelaki saya mahukan yang terbaik untuk soal teman hidup. Kalau wanita itu lebih berusia dari saya nanti kalau dia jatuh sakit saya pula nak kena dia.

"Saya memilih wanita yang berusia 25 tahun dan ke atas untuk dijadikan pasangan. Kalau muda sangat pun nanti susah juga sebab belum matang," tuturnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Wak Doyok turut mengakui dia kini sudah memiliki teman wanita. Bagaimanapun, kata Wak Doyok, dia perlu mendapat restu dari ibunya terlebih dulu mengenai hubungan mereka.

"Kami baru kenal beberapa bulan dan dalam proses mengenali hati budi lagi. Teman wanita saya itu orang biasa saja. Sebelum ini, hubungan saya dengan beberapa teman wanita berakhir kerana mereka menolak untuk tinggal bersama ibu bila sudah berkahwin nanti," katanya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: