25 January 2023

"MEMANG SEKARANG WAJIB JATUHKAN MARUAH ORANG DI TELEVISYEN KE? TAK ADA FIKIR PERASAAN ORANG KE?" - AC MIZAL



Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal telah meluahkan pandangannya menerusi hantaran di Facebook dimana dia dalam nada sindiran meminta individu yang gemar menjatuhkan maruah orang agar menerbitkan rancangan televisyen sendiri yang sesuai dengan cara mereka memberi komen kepada peserta.


"Memang sekarang wajib jatuhkan maruah orang di televisyen ke? Tak ada fikir perasaan orang ke? Awak itu dah sempurna? Jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena komen! Nak viral sampai jatuhkan maruah orang, baik buat rancangan Ayuh Maki Orang.

"Bergurau dan maki orang lain di depan orang ada tahapnya. Nasib baik bukan saya yang kena. Saya dah dalam industri selama 33 tahun dan saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan," katanya.

Tambah AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 52, lagi, dalam usaha mendidik perlulah menggunakan kaedah yang tepat sekali gus menghargai usaha diberikan oleh peserta.

Klik untuk gambar besar



"Setiap usaha harus dihargai. Kelemahan bagi kamu mungkin adalah kekuatan bagi mereka. Mendidik bukan mengherdik. Mengajar lebih baik dari menunjuk pandai! Tiada orang yang sempurna," ujarnya.

Sebelum ini, persembahan pasangan sepupu iaitu Sissy Imann dan Naim Daniel menerusi lagu 'Jampi' nyanyian asal Hael Hussaini menerima komen pedas Mas Idayu yang menganggap mereka tidak menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima kritikan berkenaan sehingga ramai tampil menghentam penyanyi dangdut berkenaan.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: