25 January 2023

MICHELLE YEOH JADI ORANG ASIA & RAKYAT MALAYSIA PERTAMA TERCALON ANUGERAH OSCAR



Pelakon Hollywood kelahiran Ipoh, Perak iaitu Tan Sri Michelle Yeoh, 61, nampaknya bakal terus melakar sejarah apabila berpeluang memenangi trofi Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 selepas dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.


Ini merupakan kali pertama Michelle tercalon menerusi acara berprestij itu selepas kejayaan menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Golden Globe ke-80 baru-baru ini.

Michelle atau nama penuhnya Michelle Yeoh Choo Keng, dicalonkan melalui watak Evelyn Quan dalam filem 'Everything Everywhere All at Once'. Dalam pada itu, Michelle juga pelakon wanita Asia dan orang Malaysia pertama yang dicalonkan dalam kategori utama Oscar itu.

Klik untuk gambar besar



Turut dicalonkan dalam kategori itu ialah Cate Blanchett bagi filem 'Tar'; Andrea Riseborough ('To Leslie'); Michelle Williams ('The Fabelmans') dan Ana De Armas ('Blonde').

Michelle dan Blanchett menjadi antara yang disebut-sebut bakal mengungguli trofi Pelakon Wanita Terbaik pada edisi Oscar kali ini.

Filem 'Everything Everywhere All At Once' arahan Dan Kwan dan Daniel Scheinert turut menerima beberapa pencalonan pada Anugerah Akademi Ke-95 termasuk Filem Terbaik.



Anugerah Academy (Oscar) Ke-95 akan berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 12 Mac ini.

Untuk makluman, nama Michelle mula melonjak naik apabila beliau berlakon disamping Pierce Brosnan menerusi filem 'Tomorrow Never Dies' pada 1997.

Antara filem Hollywood yang pernah menampilkan primadona ini termasuk 'Crouching Tiger Hidden Dragon', 'Crazy Rich Asians', 'Shang-Chi' and 'The Legend of the Ten Rings', 'Memoirs Of A Geisha' dan banyak lagi.







________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: