25 January 2023

"PERLU ADA BATAS APABILA MENGAMUK ATAU MENGHENTAM PESERTA... TREND MAS IDAYU 'SEMBUR' ORANG INI SUDAH BASI UNTUK 2023" - AZWAN ALI



"Saya tegur sebab sayang pada Mas Idayu. Kalau saya berada di tempat Sissy Imann mungkin saya sudah tinggalkan terus set semasa siaran langsung. Tak dinafikan nyanyian Sissy kedengaran agak sedikit sumbang dan seperti merosakkan lagu tersebut, tetapi tegurlah secara baik kerana mereka juga insan seni dan program ini juga adalah berbentuk santai kekeluargaan.


"Perlu ada batas apabila nak mengamuk atau menghentam peserta. Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta. Trend Mas Idayu 'sembur' orang ini terus terang saya cakap sudah basi untuk 2023.

"Pada pihak produksi pula jadikan peristiwa ini sebagai iktibar. Tidak kisahlah nak cipta drama atau kejar rating, jangan gunakan kerusi juri untuk mengeruhkan lagi keadaan serta hormat peserta yang bertanding."

Itulah pandangan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA yang berkata setiap juri berhak memberikan pandangan dan kritikan namun perlu berlandaskan cara penyampaian yang betul.

Klik untuk gambar besar



Memetik Utusan Online, Azwan memberitahu, dia menegur Mas Idayu dengan pandangan ikhlas sebagai rakan artis yang pernah bekerjasama semasa program Lagu Cinta Kita 2, tiga tahun lalu.

Selain itu, Azwan berkata, pandangannya itu adalah supaya tidak kelihatan buruk di kaca televisyen serta menghormati setiap peserta yang bertanding apatah lagi jika program disiarkan secara langsung.

Mengulas mengenai penjelasan Mas Idayu yang mengatakan tindakannya itu dibuat kerana sayang kepada peserta, kata Azwan, apa saja alasan diberikan tindakan menjatuhkan maruah dalam keadaan tersebut tidak boleh diterima.

"Itulah jawapan paling selamat sebab sayang. Ini bukan soal sayang tetapi maruah seseorang. Walaupun saya tidak pernah dipanggil mana-mana stesen televisyen jadi juri sebab mungkin produksi ingat mulut saya lagi 'laser' dari Mas Idayu.

"Bagi saya menjatuhkan maruah seseorang dalam keadaan sebegitu adalah tidak boleh diterima. Bagilah alasan apapun, tetap tidak dibenarkan," katanya.

Pada Ahad lalu, persembahan Naim Daniel dan Sissy Iman yang menyanyikan lagu Jampi menerima kritikan pedas daripada juri tetap Mas Idayu. Susulan komen tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata di atas pentas.

Kritikan pedas Mas Idayu pada persembahan Sissy turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan cara kritikan juri tetap program realiti itu.

Dalam perkongsian di laman Instagram, Sissy juga meminta maaf kerana nyanyiannya mengecewakan ramai pihak sekali gus menganggap dirinya tidak lagi disayangi dalam bidang muzik.


________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: