25 January 2023

"MEREKA MEMANG TAK KENAL MUMMY 16 TAHUN KERJA SEBAGAI JURI? KENAPA BARU SEKARANG NAK BERKOKOK? - MAS IDAYU MINTA JANGAN MASUK CAMPUR



Gara-gara memberi komen yang dikatakan kasar terhadap pasangan sepupu iaitu penyanyi Sissy Imann dan Naim Daniel sehingga membuatkan Sissy menangis, penyanyi Mas Idayu, 51, telah menerima kritikan daripada netizen termasuklah rakan-rakan artis.


Enggan berdiam diri, Mas Idayu telah meminta agar mereka tidak masuk campur dengan kerja penjurian, selain turut mempersoalkan mengapa selepas 16 tahun dia bergelar juri baru ada yang 'menyalak' tentang caranya memberikan komen kepada peserta.

"Siapa yang berkokok tu? Mereka memang tak kenal Mummy (panggilan Mas) ke selama 38 tahun dalam industri dan 16 tahun kerja sebagai juri? Kenapa baru sekarang mereka nak berkokok?

"Saya tak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon, jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka. Itu mungkin tanggapan mereka sahaja kerana saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi.

"Saya hanya menjadi diri sendiri dan sebelum menandatangani kontrak pun, pihak produksi tidak memberi sebarang syarat cakap jangan terlalu marah, jangan terlalu kasar.

"Dalam mana-mana program stesen TV pun saya tidak pernah diberi amaran. Ini bermakna mereka suka dengan karakter saya. Betul tak? Bila kita tidak ditegur maksudnya karakter itu memang diperlukan," ujar Mas Idayu yang berkata dia hanya menjalankan tugas dengan memberikan komen ikhlas.

Dalam pada itu, Mas Idayu berharap Sissy Iman dan Naim Daniel mengambil positif dengan kritikan yang diberikan kerana baginya dia hanya mahu mereka menjadi lebih baik apatah lagi keduanya mempunyai bakat yang besar.

"Kepada Sissy dan Iman, awak kenal Mummy,kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar. Cuma silapnya pada minggu tersebut mereka membuat persembahan di luar kemampuan mereka. Peserta lain patut cemburu kerana saya marah Sissy dan Naim bermakna saya peduli tentang mereka," tuturnya.

Sebelum ini, Mas Idayu memberi kritikan hebat kepada persembahan Sissy dan Naim menerusi lagu 'Jampi' nyanyian Hael Hussaini kerana menganggap nyanyian mereka sangat kasar dan tidak sedap.

Susulan daripada itu, netizen dan beberapa selebriti tampil membuat kenyataan memberi pendapat bahawa sebagai juri, Mas tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana boleh menjatuhkan maruah orang lain di televisyen.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: