25 January 2023

"TUDUH SECARA MEMB*BI BUTA..." - JANNA NICK KESAL PELAKON VETERAN DAKWANYA PUNCA PERBALAHAN FYNA JEBAT & MADU, AKUI SOALAN 'PANAS' IKUT SKRIP



Saya ni jarang la nak defensive. Kalau orang nak kata. Kata la.. saya ok. Tambahan kalau yang mengata tu adalah netizen. Tapi bila ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh secara memb*bi buta & konon saya sengaja nak sakitkan hati first wife kepada si polan. Saya jadi marah.


"Cuba untuk tidak endahkan tapi media media mula menjadikan saya sebagai "TAJUK" utama perbalahan di antara isteri pertama & isteri kedua. Walhal saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama & masalah rumahtangga yang dilalui mereka. Konon saya pulak punca berlakunya kejadian tarik menarik rambut.

"Rancangan Famili Duo memang berkonsepkan family. Kekeluargaan. Memang soalan tentang, suami, anak , isteri, ibu & ayah akan acapkali ditanya. Nak nak Kalau suami mereka agak dikenali.

"This would be my last statement, saya harap para media hormati saya & Jangan libatkan saya dengan masalah rumahtangga orang lain. Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut sekiranya gurauan itu telah pun menyakitkan hati.

Klik untuk gambar besar



Di page sebelah, saya sertakan script yang telah di "bold" kan dengan Warna merah yang membawa maksud. "Wajib tanya”. I love my team & I love everyone dalam Famili Duo.

"Sebagai pengacara.. saya akui segala kekurangan adalah kelemahan saya sendiri & yang baik itu dari Allah SWT," itulah tulis pelakon dan pengacara Janna Nick yang meluahkan rasa bengang apabila ada yang menuduhnya menjadi punca perbalahan antara peserta Famili Duo iaitu Fyna Jebat dengan madunya, baru-baru ini.

Janna atau nama sebenarnya atau Nurul Jannah Muner, 27, menjelaskan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu. Bersama hantaran tersebut, dia turut memuat naik satu klip rakaman temu bual bersama Fyna ketika program Famili Duo berlangsung pada Ahad lalu.



Ketika rancangan tersebut berlangsung, Janna secara bergurau bertanyakan kepada Fyna adakah dia sukar tidur malam disebabkan menemani suaminya iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan menonton perlawanan bola sepak.

Soalan tersebut dipercayai sekadar usikan kepada Fyna selepas kisah pernikahan dia dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu menjadi bualan netizen.

Sementara itu, Janna memberitahu soalan peribadi sedemikian adalah perkara biasa memandangkan rancangan berkenaan berkonsepkan kekeluargaan.

Dalam perkongsiannya itu, Janna turut memuat naik paparan skrip yang telah disediakan oleh produksi mengandungi soalan-soalan yang perlu ditanyakan kepada peserta program berkenaan.



Pada Isnin lalu, media melaporkan tentang pergaduhan Fyna atau nama sebenarnya Syafinaz Jebat dengan isteri pertama kepada Zainal iaitu Datin Zalina Zaini.

Kejadian berlaku di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam selepas tamat program Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim punca pergaduhan tersebut bermula apabila Zalina mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna.

Isteri pertama itu didakwa menarik rambut madunya hingga membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis berkenaan. Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi berkenaan kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.










________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: