09 January 2023

NETIZEN SOKONG JANNA NICK ULAS DEFINASI CINTA: "APA GUNA SEGALA JANJI MANIS KALAU BERAKHIR DENGAN SATU KECURANGAN"



Semasa mengacarakan program nyanyian Famili Duo, pelakon Janna Nick telah memberikan pandangannya mengenai definasi cinta dan tindakannya itu menarik perhatian netizen di media sosial.


Janna mengulas mengenai perkara itu selepas menerima pertanyaan dari rakan pengacara iaitu Sean Lee tentang definasi erti cinta bersesuaian tema pada minggu itu.

Ulasan spontan Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, yang dibuat secara langsung itu dilihat seolah-olah berkaitan rakan baiknya iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana yang sedang berdepan kemelut rumah tangga dengan suami Syamsul Yusof.

"Cinta itu satu perasaan yang agung tapi apa guna cinta... apa guna segala janji manis kalau segalanya berakhir dengan satu kecurangan," ujarnya spontan.

Klik untuk gambar besar



Janna menerima sorakan dan tepukan daripada penonton yang hadir pada malam Ahad, selepas meluahkan pandangannya itu. Malah tindakan berani Janna itu turut menerima pujian netizen di media sosial.

"Kali ini kami sokong Janna, macam mengena betul kata-kata dia." - "Sebiji dia perli orang itu, Sean pun hilang kata-kata nak balas balik." - "Bukan main berani lagi Janna ya. Secara live dia bagi," demikian komen-komen netizen.

Sebelum ini, Janna lantang mempertahankan Puteri Sarah dan mengajak orang ramai memboikot dan melaporkan Instagram pengarah berkenaan rentetan isu rumah tangga.

"Saya benci dia sebab tu saya report akuan dia. Jom sama-sama report dan boikot," katanya.





________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: