"Setiap drama dia akan pergi kau rumah tangga orang, memang mamposlah. Orang macam ini, baik lelaki atau perempuan patut kena ban dari berlakon dan keluar televisyen."
Demikialah tulis Sharnaaz Ahmad, 38, yang meluahkan rasa geram dan berpendapat pelakon wanita berkenaan tidak sepatutnya dibenarkan terus berlakon disebabkan sikap buruk itu.
Sejak pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang heroin drama yang tanpa segan silu mengaku menyukai suaminya, Aliff Aziz, ramai cuba menebak individu yang dimaksudkan.
Pendedahan tersebut juga menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan selebriti yang turut melahirkan rasa geram dengan keberanian pelakon wanita tersebut cuba menyondol Aliff daripada Bella.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ketika dihubungi mStar, Sharnaaz berkata, dia tidak pernah mempunyai pengalaman seperti itu dan apa diluahkan hanya sekadar pandangan secara umum.
"Saya tak terlibat dalam cerita ini," ujarnya ringkas.
Sebelum ini, pelakon Nabila Huda juga turut menyelar tindakan heroin berkenaan yang dikatakan bakal merosakkan namanya di dalam industri selain kerjayanya akan terjejas.
Bukan itu sahaja, Nabila juga menasihati aktres berkenaan agar tetap fokus tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon semasa di set penggambaran.
Terdahulu, Bella mengakui tindakan memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini memang ditujukan kepada pelakon wanita tersebut sebagai satu bentuk amaran agar tidak menggangu rumah tangganya.
Jelas Bella, selain mengakui menyukai Aliff kepadanya, pelakon wanita berkenaan turut mahu berkawan dengannya meskipun ditolak.
________ IKLAN ________
JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.
Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!
Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment