31 January 2023

AZHAR SULAIMAN DIPANGGIL 'PONDAN' DEK BAHASAKAN DIRI SEBAGAI 'MAMI' - RUHAINIES PERJELAS MAKSUD SEBENARNYA



Gara-gara membahasakan diri sebagai 'Mami' di media sosial, Azhar Sulaiman sering dilabel sebagai seorang lelaki lembut malah ada yang berani menggelar pelakon berkenaan dengan panggilan pondan.


Azhar, 51, bagaimanapun tampil menjelaskan kekeliruan mengenai penggunaan ganti diri itu yang sering kali digunakan kepada pengikutnya itu dengan bertanya kepada pelakon Ruhainies.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azhar juga meminta pendapat Ruhainies sama ada dia seorang lelaki lembut atau sebaliknya.

"Nampaknya ramai yang tanya kenapa guna gelaran Mami? Pondan ke? Jom kita tanya orang Penang. Ruhainies, okay ke kalau Abang Har guna gelaran Mami?," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Ujar Ruhainies, 'Mami' merupakan panggilan untuk seseorang yang suka mengambil tahu hal orang lain namun dia berpendapat bahawa Azhar merupakan seorang lelaki yang tulen.

"Mami itu dia macam kephochi saja. Macam makcik bawang, mami jarum la. Jantan tulen lah tentunya. Dah macam abang saya sendiri," .

Dikesempatan itu juga, Azhar turut mengakui bahawa dia lelaki sejati dan tidak akan menangis untuk hal yang remeh.

"Saya jantan! Anak jantan tak boleh menangis," kata Azhar yang turut memaklumkan akaun TikTok miliknya telah terhapus kerana terdapat konten yang menyalahi garis panduan platform berkenaan.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: