31 January 2023

BILA KOMPOSER INDONESIA MAHU BUAT LAGU DARI KISAH PUTERI SARAH



Pelakon Puteri Sarah Liyana telah hadir ke konsert penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan baru-baru ini sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama kedua anaknya, bagi menunaikan ibadah umrah.


Kehadiran Puteri Sarah ke konsert tersebut menjadi perhatian apabila wajahnya dirakam ketika lagu Hal Hebat didendangkan.

Keadaan konsert bertukar gamat apabila kamera tertumpu pada Puteri Sarah sekaligus membuatkan ramai sebak apatah lagi mengetahui tentang kemelut perkahwinan pelakon itu.

Puteri Sarah menerusi satu perkongsian di laman Instagram, secara berseloroh mengajak Ade Govinda untuk bekerjasama bagi menghasilkan sebuah karya bersama.

Klik untuk gambar besar



Apa yang menjadi perhatian, penulis lirik lagu 'Hal Hebat' itu menyambut baik ajakan tersebut serta bersedia untuk berkolaborasi.

Puteri Sarah membalas komen ahli Kumpulan Govinda itu serta berharap dapat bertemu untuk merealisasikan perkara itu selepas dia pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada awal Februari nanti.

Dalam pada itu, Ade Govinda turut menerima mesej dihantar daripada netizen Malaysia yang turut mencadangkan membuat lagu daripada kisah Puteri Sarah.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: