31 January 2023

ALBUM SISSY IMANN RAKAM DI LONDON HABIS TERJUAL DALAM TEMPOH KURANG DUA JAM



"Album buah tangan pertama Sissy ini dicetak sebanyak 1,000 unit saja dan saya tak sangka ia mendapat sambutan baik daripada pembeli dengan kurang dua jam 'link' (pautan) dibuka, ia (album) sudah pun habis terjual.


"Rata-rata yang membeli itu daripada pelbagai latar kerjaya dan peringkat usia, termasuk kebanyakan mereka adalah 'collector' (pengumpul) cakera padat," itulah kata bapa kepada penyanyi Sissy Imann iaitu Mohammad Kamil Mustaffa, 59, yang memaklumkan album sulung anaknya yang dirakam di Studio Abbey Road, London tahun lalu, sudah habis terjual dalam tempoh kurang dua jam.

Memetik Harian Metro, Kamil berkata, walaupun anaknya lebih dulu membuat pengumuman di Instagram mahu menjual album itu dengan nilai RM20, namun kebanyakan pembeli didapati sanggup membayar dengan harga setimpal untuk memperolehnya.

Tambahnya lagi, dia tetap bersyukur dan melihat positif pada rezeki yang ditetapkan Allah, walaupun tidak meraih keuntungan jualan album yang menelan perbelanjaan besar untuk dihasilkan itu.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, bapa Sissy berharap hal tersebut mampu menjadi pemangkin semangat untuk Sissy terus berkarya.

"Penghasilan album ini di Studio Abbey Road, London sudah sangat bermakna buat Sissy. Ia dianggap pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini. Jadi, tak apalah asalkan dia gembira dan terus bersemangat untuk bekerja dalam bidang muzik.

"Sebagai bapa, saya akan sentiasa terus menyokong apa saja yang ingin lakukan anak-anak, walaupun Sissy mengambil masa 10 tahun dalam industri untuk berjaya menghasilkan album ini dengan wang hasil titik peluh dikumpul sendiri daripada pelbagai cabang seni diceburi," tuturnya.

Sebelum ini, Sissy terpalit kontroversi apabila menangis di pentas Famili Duo minggu keenam lalu selepas persembahannya bersama sepupu, Naim Daniel mendapat kritikan pedas daripada juri tetap, Mas Idayu.

Difahamkan, Sissy juga berkurung dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan selama beberapa hari selepas menerima kritikan pedas Mas Idayu itu, sehingga menjadi bualan hangat di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, pada persembahan Famili Duo malam semalam, persembahan Naim dan Sissy berjaya membawa mereka berentap di pentas akhir bersama tiga kumpulan peserta lain iaitu pasangan adik-beradik Ayda Jebat dan Fyna Jebat, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah (adik-beradik) serta Bella Astillah dan Wanie Kayrie (sepupu).


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: