31 January 2023

SOPHIA ALBARAKBAH KENA 'SERANG' DI MEDIA SOSIAL



Selepas pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang pelakon wanita yang bergandingan dengan suaminya mengakui menyukai Aliff Aziz, ramai yang meluahkan rasa bengang termasuk rakan artis iaitu pelakon Nabila Huda.


Meskipun Bella tidak mendedahkan nama pelakon wanita berkenaan, namun akaun Instagram dan TikTok pelakon Sophia AlBarakbah 'diserang' netizen kerana didakwa sebagai 'wanita penyondol' dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pesanan buat Sophia supaya tidak mengganggu suami orang. Malah, ada yang meninggalkan komen pedas meminta tidak menjadi 'penyondol'.

"Pesan saya, awak baru hendak naik dalam industri dan ramai lagi lelaki yang menunggu di luar sana." - "Bergelar pelakon sahajalah, jangan menjadi penyondol pula. Tolong jangan jadi penyondol, saya suka awak berlakon," tulis beberapa netizen.

Meskipun pelbagai komen dilemparkan oleh netizen, namun pelakon berusia 30 tahun itu tidak membalas serta memilih untuk berdiam diri.

Bukan itu saja, malah video promosi drama 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' lakonannya dengan Aliff yang dimuat naik di Instagram juga dipercayai telah dipadam.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Bella berkata, pelakon wanita itu hari-hari menghubungi suaminya dan baginya ianya tidak perlu, sedangkan dia juga pernah bergandingan dengan suami orang, namun tidak berbuat demikian.

Bella dalam masa sama turut menasihatkan pelakon wanita tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.

Sejak beberapa minggu lalu, Bella yang juga peserta program Famili Duo itu beberapa kali berkongsi mengenai wanita perampas dalam media sosial miliknya sekali gus memberi bayangan rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga.

Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri itu kerana sebelum ini Aliff pernah terkait dengan isu curang bersama beberapa pelakon wanita.

Bella juga pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah. Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.


________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: