20 January 2023

REZEKI BERLAKON MENCURAH-CURAH - AZHAR SULAIMAN BERTERIMA KASIH KEPADA ANAK: "LEONA PUNYA PASAL, NAMA SAYA TERPALIT & SAYA JADI HOT"



"Sejak setahun ini saya tak berhenti-henti berlakon. Saya rasa saya kena berterima kasih kepada anak saya, Leona sebab dia punya pasal, nama saya terpalit dan saya jadi hot... rezeki," demikian ujar pelakon senior Azhar Sulaiman menerusi perkongsian video semasa dia diundang sebagai tetamu di stesen radio Buletin FM.


Dalam temubual tersebut, Azhar berkongsi cerita dimana sejak tahun lepas rezekinya cukup murah apabila dia tidak henti-henti menerima tawaran kerja daripada penerbit dan pengarah.

Secara berseloroh, Azhar menyifatkan rezeki mencurah-mencurah itu adalah disebabkan populariti anak bongsunya, pempengaruh (influencer), Kasih Iris Leona yang semakin mendapat perhatian netizen disebabkan gaya pemakaiannya yang seksi selain gemar berkongsi videonya menari menerusi aplikasi TikTok..

Klik untuk gambar besar



Azhar yang juga merupakan seorang arkitek itu cukup popular menerusi filem 90-an, 'Abang 92' dan namanya masih lagi kekal relevan sehingga kini.

Untuk makluman, pelakon kelahiran Bentong, Pahang ini mendirikan rumah tangga dengan peguam, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan tiga cahaya iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 21 tahun.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: