20 January 2023

KONGSI VIDEO 'WORKOUT' DENGAN 'BATTEL ROPE' - SITI NURHALIZA KENA TEGUR: "DAH TUA SEPATUTNYA BUAT AMAL TAPI KUAT UNTUK KONSERT..."



Baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang melakukan rutin senaman dengan menggunakan 'battle rope'


Memastikan stamina dan kecergasan berada di tahap yang terbaik sememangnya amat penting buat seseorang penyanyi. Meskipun rutin senaman tersebut dilihat agak ekstrem, namun Siti dilihat sangat bersahaja ketika melakukannya.

Perkongsian Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tokti itu telah menarik perhatian ramai pihak. Rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa kaum melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, perkongsian Siti itu turut mengundang kritikan daripada seorang individu yang mengatakan pada usia sekarang, Siti sepatutnya memperbayak amal ibadah berbanding membuat persediaan untuk menjayakan konsert atau persembahan.

"Dah tua ni sepatutnya buat amal tapi kuat untuk konsert dan persembahan pula," tulisnya.

Namun, kenyataan individu terbabit disangkal oleh netizen-netizen kerana merasakan urusan amal ibadah tidak perlu didedahkan kepada umum.



"Dah kerjaya dia penyanyi, mestilah peminat nak tengok konsert dia. Amal awak dah banyak ke? Tok Ti tahulah apa dia buat." - "Sentiasa bersangka baik dalam hidup.

"Amalan dia biar dia dengan Allah sahaja tahu." - "Awak nampak ke amalan yang Siti buat? Apapun, kesihatan memang kena jaga juga.

"Macam ni punya orang pun ada? Sejenis yang suka jatuhkan orang. Hati tak cukup bersih lagi kalau asyik nampak silap dan negatif orang sahaja," antara komen-komen netizen.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: