20 January 2023

BERTEMAKAN 'DIMENSI MUZIK' - 12 FINALIS AJL 37 AKAN BERENTAP 12 FEBRUARI INI



Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik iaitu Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisinya yang ke-37 pada 12 Februari ini yang dirancang lebih gah, setelah dua tahun AJL berlangsung dalam skala kecil berikutan pandemik C0V1D.


AJL 37 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pada jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton.

Tahun ini AJL 37 akan bertemakan 'Dimensi Muzik' dimana tema tersebut menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik.

Klik untuk gambar besar



Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik. Secara tidak langsung, ia juga mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran.

AJL 37 menampilkan MYTV sebagai rakan penaja. MYTV menawarkan saluran siaran TV dan Radio secara HD dan percuma di seluruh negara. Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bulan, Seismik dan Xtra sebagai Rakan Digital.

Untuk malam kemuncak AJL 37, mandat diberi kepada dua pengacara wanita popular, Sherry Alhadad dan Jihan Muse sebagai hos utama acara berprestij itu.



Selain Sherry dan Jihan selaku pengacara utama, empat lagi pengacara yang akan mengendali AJL 37 iaitu Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy sebagai pengacara Karpet Merah, manakala Imran Aqil dan Nadia Hasnan bertindak hos belakang pentas AJL 37.

Seramai 12 finalis berentap pada AJL 37 antaranya Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu 'Terus Hidup' hasil ciptaan beliau sendiri dan Ernie Zakri yang menepati ramalan apabila lagu 'Korban' ciptaannya, mara ke pentas akhir.

Selain itu, lagu 'Bahagiakan Dia' ciptaan penyanyi muda, Alif Iskandar dengan lirik dihasilkan Alif dan Que Afiq. Lagu ini dinyanyikan secara duet oleh Shila Amzah dan Liza Hanim.



Sembilan lagi lagu yang layak ke AJL37 ialah 'Suatu Malam Di Temasek' dendangan Joe Flizzow dan SonaOne ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow; 'Anugerah Terindah' (Alif Satar & The Locos/ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis/lirik Alif, Shah Shamshiri dan Romeo); 'Debu' (Dayang Nurfaizah, Amir Masdi/ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim).

Turut bersaing, 'Kembali Terang' (Marsha Milan/ciptaan Senna dan Ajin/lirik Senna); 'Nang' (Iman Troye/ciptaan Ezra Kong dan A Ramle) serta 'Payung Pelangi' (Noki, MK/ciptaan dan lirik Noki, MK).

Tidak ketinggalan, 'Sengsara' (Khai Bahar/ciptaan Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K); 'Irama' (Shiha Zikir/ciptaan Qie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves) dan 'Mainan' (Naim Daniel/ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga/lirik Arizs Ab Rahman).

















________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: