04 January 2023

"SAYA HARAP DIPERMUDAHKAN" - NAD ZAINAL BERHASRAT BEKERJA SEMULA MAC INI KALAU KESIHATAN DALAM KEADAAN BAIK



"Bukan sekadar berlakon saja, saya juga berharap diberikan kesihatan yang baik. Saya mempunyai banyak perancangan nak dibuat untuk tahun ini. Jadi, saya harapkan segala perancangan itu dipermudahkan.


"Saya juga harap dapat beri lebih tumpuan kepada keluarga saya. Insya-Allah jika tiada arah melintang dan kesihatan pun dalam keadaan baik, mungkin dah boleh mula kerja pada bulan Mac," itulah tutur pelakon Nad Zainal.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin yang hampir empat minggu menerima rawatan di hospital termasuk ditidurkan akibat jangkitan kuman pada paru-paru itu berkata, dia mahu mengambil peluang sekarang untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

Klik untuk gambar besar



"Saya ingin menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Ini kerana kita tidak dapat menjangka jadual pada masa hadapan. Siapa tahu mungkin selepas ini saya akan kembali sibuk," ujarnya.

Sebelum ini, Nad dirawat di sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: