04 January 2023

"SEMOGA PIHAK SANA TIDAK MELENGAH-LENGAHKAN LAGI BAYARAN..." - BALU ABAM MAHU TERUSKAN KEHIDUPAN LEBIH BAIK DENGAN ANAK



"Alhamdulillah, syukur kepada Allah keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga memihak kepada saya. Semoga pihak disana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang ditetapkan," ujar balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang berharap agar pelawak Ali Puteh patuh dengan perintah berkenaan.


Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu. Hidayah atau nama penuhnya Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 31, meluahkan rasa syukur apabila keputusan rayuan mahkamah berhubung ganti rugi itu memihak kepadanya.

Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4, dapat meneruskan kehidupan lebih baik selepas ini. Malah, dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka berdua.

Klik untuk gambar besar



"Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah," ujarnya.

Sebelum ini, Hidayah mengemukakan saman terhadap Ali atas dakwaan perkongsian pelawak itu di laman sosial telah menjatuhkan maruahnya. Antara perkongsian tersebut adalah menggambarkan Hidayah seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.

Pada 18 Februari tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan membenarkan tuntutan saman Hidayah terhadap Ali. Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, bagaimanapun gagal dalam rayuan untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung ganti rugi sebanyak RM60,000 itu.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: