04 January 2023

BERJAYA DAPATKAN BILIK SUITE DEMI PERJALANAN TERAKHIR IBU - CHEF WAN TAKUT LELAP, BIMBANG IBU 'PERGI' DALAM TIDUR



"Sepanjang malam saya sukar untuk tidur kerana sentiasa memeriksa keadaan ibu kerana pernafasannya kelihatan lebih perlahan daripada malam tadi. Saya sangat takut untuk tidur sekiranya dia akan meninggalkan saya dalam tidurnya.


"Ketakutan itu sentiasa ada," itulah kata cef selebriti terkenal, Chef Wan, 64, yang berkongsi perkembangan terkini kesihatan ibunya iaitu Noraini Abdullah atau Cik Ani yang sedang sakit tenat di sebuah hospital.

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Chef Wan memaklumkan doktor yang merawat memberitahu bahawa keadaan ibunya itu tidak lagi memberikan tindak balas positif.

Justeru itu, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuan Ismail berusaha memberikan keselesaan sehabis baik buat ibunya sebelum hari-hari terakhir.

Klik untuk gambar besar



"Dr Nick daripada unit penjagaan paliatif datang berjumpa saya dan memberitahu ibu sudah tidak mempunyai tindak balas. Alhamdulillah, saya berjaya dapatkan bilik suite dan kami akan memberikan keselesaan buat ibu untuk perjalanan terakhirnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia enggan menempatkan ibunya di unit rawatan rapi (ICU) kerana mahu dia pergi dengan tenang.

"Saya tidak akan memasukkannya ke ICU jika dibenarkan doktor kerana saya mahu dia pergi dengan aman apabila sudah tiba masanya lagi," katanya.

Sebelum ini, Chef Wan memaklumkan keadaan kesihatan ibunya semakin merosot sejak kebelakangan ini termasuk tidak mampu menyuap makanan sendiri. Chef Wan bagaimanapun tabah menjaga ibunya yang semakin uzur disebabkan beberapa penyakit termasuk Alzheimer, dementia dan kanser.





________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: