04 January 2023

FESYEN MASYA MASYITAH KENA TEGUR LAGI



Nampaknya penyanyi Masya Masyitah, 22, tidak serik menerima kecaman apabila namanya sekali lagi menjadi bualan netizen berhubung fesyen terkini yang digayakan olehnya dimana ia dikatakan tidak sesuai untuk gadis berhijab.


Melihat pada foto yang dikongsikan Masya di laman Instagrm miliknya, dia tampil mengenakan pakaian berkonsepkan denim dengan seluar pendek yang dipadankan bersama legging putih sewaktu bercuti di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

"Teruskan berjalan. Pergi melihat semua kehidupan di dunia. Belajar, berkembang dan teroka," tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat penampilan Masya dan tampil menegur penyanyi itu untuk mengenakan pakaian lebih sopan sesuai dengan imej bertudung.

Klik untuk gambar besar



"Cantik baju tu. Macam Kpop... tapi seluar tu balut aurat bukan tutup aurat. Harap baiki lagi penampilan." - "Rindu pakaian awak yang dulu. Tak mengapalah semoga terus istiqamah ya.

"Dah serupa macam tak pakai tudung sebab dengan skirt pendek dan legging ketat lagi. Awak tu berhijab dik. Baju dah elok longgar dan berlengan panjang tapi skirt tu yang tak elok," anatar komen-komen netizen.

Sebelum ini, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff sering ditegur peminat gara-gara pemakaian yang dilihat kurang sesuai untuk muslimah.

Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak Ceria Popstar pada 2014 dan menyandang gelaran naib juara Bintang Kecil RTM pada 2011.









________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: