04 January 2023

MASIH DI ICU - PENULIS '7 HARI MENCINTAIKU' KINI TUNJUK PEKEMBANGAN POSITIF



Penerbit dan penulis drama popular '7 Hari Mencintaiku' iaitu Siti Rosmizah Semail, 52, baru-baru ini dikhabarkan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Berita tersebut dimaklumkan oleh ahli keluarganya menerusi satu perkongsian di laman Instagram.


Menurut Syed Muhamad Izzudin yang merupakan penerbit eksekutif di SROnes Sdn Bhd (syarikat penerbitan milik Rosmizah), doktor memaklumkan Rosmizah yang dilaporkan masih kritikal sejak dimasukkan ke ICU itu mula menunjukkan perkembangan baik sejak Selasa.

"Dia (Rosmizah) dibawa ke hospital pada 30 Disember kerana kurang sihat. Selepas melakukan ujian saringan doktor sahkan dia terkena jangkitan C0V1D. Pada awalnya hanya di wad biasa namun disebabkan kesukaran bernafas, dia dimasukkan ke ICU.

"Bagaimanapun suaminya memaklumkan keadaan Rosmizah semakin baik pada pada Selasa. Dia sudah boleh makan, namun masih di ICU," jelasnya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Tambah Syed, pihak hospital perlu memantau keadaan Rosmizah kerana bimbang akan mengalami masalah kesukaran bernafas lebih teruk selain faktor usia yang mungkin membuatkan tahap imunisasi tidak kuat.

Penerbit dan penulis drama popular '7 Hari Mencintaiku' ini dikatakan jarang jatuh sakit dan disebabkan itu keluarga amat bimbang apabila dia secara tiba-tiba kurang sihat.

"Rosmizah memang jarang jarang dapat sakit dan sangat kuat bekerja. Sesekali kalau sakit keadaannya memang agak teruk dan disebabkan itu pihak keluarga membawanya ke hospital sebelum ini.

"Dijangka doktor perlu memantau keadaannya dalam tempoh dua minggu. Memandangkan faktor usia dia mungkin berisiko tinggi dan perlu diberi perhatian lebih," ujarnya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: