05 January 2023

DERITA MASALAH JANTUNG - WAJAH PUCAT, CENGKUNG NAS AHMAD 'TERJAH' BUAT RAMAI HAMPIR TAK KENAL



"Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung," itulah kata pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtry Yahya menerusi Twitter miliknya pada Rabu, dimana dia memaklumkan Nas Ahmad yang terkenal dengan tagline 'Kita Terjah' itu terpaksa dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengalami masalah jantung.


Bagaimanapun, Fedtry tidak memperincikan tentang keadaan sebenar Nas atau nama sebenarnya Mohd Nasir Ahmad namun berkongsi fotonya. Foto terbaharu bekas wartawan program hiburan Melodi itu yang duduk di atas katil dalam keadaan pucat selain kelihatan cengkung mengejutkan ramai pihak.

Difahamkan, Nas sudah dibenarkan keluar hospital selepas beberapa hari mendapatkan rawatan akibat masalah jantung dialaminya dan sedang berehat di rumah.

Sementara itu, semakan di Instagram Nas, dia pernah berkongsi keadaan dia yang berjalan memerlukan sokongan tongkat dipercayai kerana faktor kesihatan pada awal Disember lalu.

Klik untuk gambar besar



"Asalnya berdua... tiba-tiba, alamak bertiga. (merujuk kepada tongkat). Sabar, dugaan. Usaha dan berdoa agar kembali berdua semula nanti dengan izin-Nya," ujarnya.

Sehubungan itu, rata-rata warganet yang membesar menonton aksi Nas dalam program Melodi mendoakan kesejahteraan wartawan veteran berkenaan.

"Lainlah dia sekarang, semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan dengan secepat mungkin.

"Ini ke Abang Nas rambut ketak Melodi ke tu? Tak perasaan sekali pandang," antara komen-komen netizen.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: