"Hari ni, hari Rabu (semalam). Selama 6 minggu sebelum ni, hari inilah hari di mana kita dah finalize concept persembahan. Kita langgar waktu dengkur kita dengan perbincangan & pastikan deck yang kita buat bersama dah siap supaya production dah boleh present pada props, stylist dah boleh cari baju.
"Dan hari inilah hari yang sepatutnya kita dah dapat audio dari music director selepas selesai practice dengan band yang selalunya hari Isnin kita dah siap arrange form.
"Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual. Kita dah janji untuk sama-sama hadap apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ni bermula tapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak.
"Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri. Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ni sedangkan semua ni sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama. Tak semena-mena you have to take the lead now.
Klik untuk gambar besar
"Sissy minta maaf juga pada semua rakan-rakan media dan rakan-rakan who i left in the dark as i am, stuck in the dark too. Jangan risau. Insya-Allah I'll be back. Beri Sissy sikit ja masa lagi ya? Sayang semuanya," demikianlah tulis penyanyi Sissy Imann menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Sementara itu, penyanyi Naim Daniel telah tampil membalas kenyataan pasangan sepupunya dalam program Famili Duo di Instagram sekali gus mengalirkan semangat dan sokongan kepada Sissy yang kini hilang semangat untuk berkarya.
Dalam hantaran itu, Naim yang juga seorang pelakon itu turut berkongsi mengenai proses perkembangan kedua-dua mereka sepanjang bergelar peserta dalam program itu.
"Tak mengapa, saya ada. Kadang, ada ketika dimana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba. Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka. Tak mengapa, saya ada.
"Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan. Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan.
"Tak mengapa, saya ada. Kadang, ada hari dimana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bedal. Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal.
"Tak mengapa, saya ada. Dan jangan risau, walau ada hari dimana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris. Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis. Tak mengapa, saya ada," tutur Naim.
Sebelum ini, Sissy menerima kritikan daripada juri, Mas Idayu ketika konsert minggu keenam program Famili Duo dan dianggap keterlaluan. Pada konsert tersebut yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu itu menyaksikan persembahan Sissy dan Naim menyampaikan lagu 'Jampi' versi keroncong mendapat kritikan Mas Idayu.
Ketika memberi komen, Mas Idayu berpendapat nyanyian Sissy dan Naim tidak serasi dan agak kasar. Teguran itu membuatkan Sissy tidak dapat menahan air mata dan meninggalkan program tersebut selepas membuat persembahan.
Dalam pada itu, Sissy menerusi Instagram telah meluahkan rasa kecewa dan enggan meneruskan jualan album terbaharunya berjudul Sissy Imann yang sepatutnya dilancarkan pada 2 Februari nanti.
________ IKLAN ________
JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.
Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!
Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment