21 January 2023

"TERIMA SESIAPA SAJA ASALKAN ADA 'DEGREE' DALAM PELAJARAN" - AZHAR SULAIMAN IZIN LEONA BERMADU TAPI BERSYARAT?



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram (IG), pelakon yang juga arkitek iaitu Azhar Sulaiman, 52, memaklumkan yang dia tidak kisah jika suatu hari nanti anaknya, Kasih Iris Leona, 21, ditakdirkan hidup bermadu.


Azhar berkata demikian selepas ada netizen mengatakan anaknya itu bakal menjadi isteri kedua atau ketiga. Bagaimanapun, Azhar menetapkan beberapa syarat buat bakal suami anaknya itu. Jelas Azhar, dia menerima dengan terbuka asalkan berpendidikan sehingga ijazah.

Dalam hantaran itu, Azhar telah menggariskan empat syarat untuk anaknya sekiranya mahu mendirikan rumah tangga. Namun begitu, pelakon filem 'Trauma' itu tetap berpegang kepada ketentuan Yang Maha Esa dalam soal jodoh.

"Nampaknya, ramai mengata anak perempuan saya akan jadi bini (isteri) nombor dualah, nombor tigalah. Resmi mami (gelaran Azhar) senang. Terima sesiapa saja asalkan ada 'degree' (ijazah) dalam pelajaran.

Klik untuk gambar besar



"Pastikan hormat dan jaga maruah anak perempuan saya dan keluarga kalau calon sudah berkahwin. Uruskan hal-hal dalaman kamu dengan berhemah dan jangan sampai kecoh satu Malaysia. Akur ajal jodoh di tangan Allah SWT," tulisnya.

Melihat pada ruangan komen, Azhar turut mendedahkan Leona cenderung untuk memilih jejaka berketurunan Cina.

"Anak saya suka lelaki Cina. Saya rasa merekalah yang penat nak bimbing kalau terjadi kahwin nanti," katanya.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: