"Yang tentu anak daralah, 25 tahun keatas. Kalau muda sangat pun susah, kehidupan masih tak cukup, bila dah 28 ke atas tu dia dah cukup matang.
"Bekas teman wanita saya tak mahu duduk dengan mak saya. Saya jaga mak saya kalau saya tinggalkan dia seorang macam mana dia dah berusia sekarang.
"Tanggungjawab lelaki adalah mak, kalau perempuan saya boleh cari banyak-banyak tak ada masalah, tapi syurga tu dekat mak saya, bukan dekat isteri saya.
"Isteri syurga dekat saya, dia kena ikut cakap saya. Jadi saya nak seimbang. Kena tackle mak saya dulu macam mana," itulah kata ikon fesyen dan pelakon Wak Doyok yang mengakui sedang mengenali hati budi seseorang untuk dijadikan bakal isteri.
Klik untuk gambar besar
Usia sudah mencedah 48 tahun, Wak Doyok dalam masa sama turut memberitahu, dia masih dalam proses mengenali dengan wanita tersebut dan sudah tentu mahukan hubungan yang kekal hingga ke akhir hayat.
"Saya masih mengenali hati budi seseorang walaupun saya dan dia agak sibuk dengan kerja masing-masing dan dia orang biasa sahaja.
"Kita nak kenal seseorang itu bukan hanya satu hari, lagi-lagi kahwin ni bukan malam tu atau esok sahaja, seronok biar sampai akhir hayat. Sampai dia boleh jaga kita dan bukan berkahwin sebab harta," tuturnya.
________ IKLAN ________
JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment