21 January 2023

"SAY HI TO, RADEN SERI RIYANNA SAYANG" - MAWAR RASHID SELAMAT BERSALIN ANAK KETIGA, PEREMPUAN



"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, just like my first 2 baby, Rafael & Cinta. Thank you semua atas doa2 nya ☺️.


"Say hi to, Raden Seri Riyanna Sayang 💝 #MawaRaf #MawaRadens #Mawarose," demikian tulis pelakon Mawar Rashid menerusi laman Instagram miliknya dimana dia telah pun selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan suaminya yang juga pelakon, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 38, menerusi Instagram.

Sebelum melahirkan anak ketiga, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, menerusi Instagram sempat memuat naik foto bersama kedua-dua cahaya matanya.

"Tidak lama lagi akan bertiga," katanya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Mawar pernah berkongsi kehamilan kali ini agak mencabar buat dirinya sekali gus kagum dengan pengorbanan ibu-ibu yang lain. Mawar yang juga merupakan seorang usahawan ini memberitahu, dia mengalamai alahan teruk sehingga terpaksa berkurung di dalam bilik.

Untuk makluman, Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Raden Muhammad, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun.

Mawar turut memiliki dua anak tiri hasil perkahwinan suaminya terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.









________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: