21 January 2023

DRAMA 'PEREMPUAN ITU' DISIARKAN BULAN DEPAN: "TIDAK ADA MASALAH DITAYANGKAN... BABAK KONTROVERSI SUDAH DISUNTING"



Drama bersiri yang pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu iaitu 'Perempuan Itu', akhirnya bakal menemui penonton, bulan depan, setelah hampir setahun terperap.


Penerbitnya, Erma Fatima berkata, drama lakonan Zul Ariffin dan Mimi Lana itu akan ditayangkan di platform penstriman Tonton sebelum disiarkan TV3.

"Insya-Allah, Februari nanti drama bersiri Perempuan Itu akan ditayangkan di Tonton disusuli TV3. Setakat ini, drama itu tidak ada masalah untuk ditayangkan. Cuma babak yang pernah mencetuskan kontroversi sudah disunting," jelasnya.

Dalam pada itu, Erma sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku selepas drama itu ditayangkan.

Klik untuk gambar besar



"Apabila menonton drama ini, ada dua perkara yang bakal berlaku. Pertama, jika mereka suka, pasti pujian akan diberi. Tetapi, jika mereka tidak suka, hasilnya, pasti akan terima kecaman. Tidak mengapa, saya boleh terima apa sahaja maklum balas yang diberi.

"Saya juga tidak mampu menutup mulut orang sama ada mereka suka atau tidak suka dengan karya itu. Saya hanya cuba buat yang terbaik mengikut misi dan matlamat untuk saya sampaikan dalam karya itu," katanya.

Drama yang mendapat sentuhan sutradara Ain Sharif ini berkisar konflik rumah tangga pasangan Emir lakonan Zul Ariffin dan Khalish (Mimi Lana). Kebahagiaan yang dikecapi Khalish hanyalah sementara selepas muncul orang ketiga iaitu Sera (Siti Hariesa) dalam hidup mereka.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: