08 February 2023

AIMAN TINO RANCANG NIKAHI PASANGANNYA SELEWAT-LEWATNYA APRIL INI



Penyanyi Aiman Tino yang sebelum ini menghantar keluarganya untuk merisik gadis pilihannya, Syarah Haifa, 24 tahun, itu merancang untuk mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya pada April ini.


Memetik laporan Harian Metro, Aiman memaklumkan, majlis pernikahan dijangka berlangsung sebelum atau selepas bulan Ramadan manakala majlis resepsi pula pada Jun atau Ogos tahun ini.

Mula berkenalan dengan Syarah pada 2019 dan hubungan itu menjadi serius tahun lalu itu, Aiman berkata, pasangannya ini memiliki ciri-ciri wanita idamannya serta menyifatkan wanita itu seorang yang lemah lembut.

"Saya terpikat dengan keayuan dan sikap lemah-lembutnya. Pada masa sama, kami juga mengusahakan perniagaan biskut bersama-sama. Selepas menjalin hubungan serius tidak sampai setahun, kami memutuskan untuk melangkah ke fasa perkahwinan," tuturnya.

Dalam pada itu, Aiman menjelaskan majlis yang diadakan baru-baru ini adalah majlis merisik dan mereka merancang untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan nanti.

"Sebenarnya, ramai orang salah faham dan menyangka majlis merisik sebelum ini adalah majlis pertunangan. Sebenarnya ia hanya majlis merisik dan kami masih belum bertunang," jelasnya.


________ IKLAN ________

JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.

Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.

Selain itu,  banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: