08 February 2023

"CALL SAYA, MESEJ SAYA... BUKAN POSTING KAT TIKTOK PASAL SAYA, SEBAB EGO LAH HUBUNGAN KAMI HANCUR" - ZARINA ANJOULIE MINTA BEKAS TUNANG 'GENTELMAN'



"Kalau awak rasa awak sayang lagi hubungan kita kemudian jadi gentlemen, call saya, mesej saya. Bukan posting kat TikTok pasal saya. Awak pernah jadi tunang saya, sudah tentu saya boleh bincang dengan awak," itulah tulis pelakon Zarina Anjoulie yang meminta kepada bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey supaya menjadi 'gentleman' untuk selesaikan masalah mereka.


Umum mengetahui, hubungan antara Zarina dan Khazrul Elzey dikhabarkan sudah pun putus tunang. Menerusi satu penjelasan panjang lebar, Khazrul Elzey menjawab pertanyaan daripada netizen dengan menjelaskan dia menerima Anju seadanya dan bukan berat badan menjadi masalah dalam perhubungan mereka, namun ada perkara lain perlu diselesaikan.

Dalam pada itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju menerusi satu perkongsian di TikTok telah meminta kepada bekas tunangnya itu supaya menjadi 'gentleman' untuk selesaikan masalah mereka.

Klik untuk gambar besar



Ujar Zarina, jika bekas tunangnya itu masih sayangkan hubungan, lebih baik hubungi terus untuk berbincang dan bukannya memuat naik perkongsian di TikTok.

Pada masa sama, Anju turut mendedahkan bahawa disebabkan ego hubungan mereka terlerai serta meminta supaya Khazrul untuk perbaiki serta selesaikan masalah berkenaan.

"Ingat ego adalah punca utama boleh hancur mana-mana hubungan. Sebab ego lah hubungan kami hancur. Jadilah seorang lelaki dan perbaiki ia," tuturnya.

Sebelum ini, Khazrul berkata, dia menerima Anju seadanya dan bukan isu berat badan menjadi masalah namun ada perkara lain perlu diselesaikan.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: