07 February 2023

AL-FATIHAH - IBU PELAKON ARASH MOHAMAD DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada pelakon Arash Mohamad atas pemergian ibunya, Aminah Shahiri, 84, yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kajang, Selangor, pada 12.55 tengah hari, semalam.


Jelas Arash, 54, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ibunya memang berdepan masalah kesihatan dan sempat melawatnya di hospital baru-baru ini.

"Dari awal tahun lalu, ibu terkena angin ahmar dan terlantar sepenuhnya. Kali terakhir saya melawatnya adalah pada 4 Februari lalu," tuturnya.

Dalam pada itu, Arash turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan arwah ibunya serta memberi kata-kata positif buatnya selepas kehilangan bonda tercinta.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah mak saya. Insya Allah," katanya.

Sebelum ini, seorang rakan terdekat Arash berkongsi khabar duka mengenai pemergian ibunya itu di media sosial. Arash turut mengulang siar beberapa Instagram Story yang mendoakan arwah ibunya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: